Kelas ICT (Typing) & Advokasi
30 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2019, PI Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT bersempena cuti sekolah iaitu kelas menaip kepada 6 orang peserta yang juga merupakan ahli PI Gong Kulim. Di dalam kelas ini, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menaip menggunakan komputer. Antara kelebihan menyertai kelas ICT ialah peserta dapat melatih diri untuk menaip menggunakan papan kekunci dengan tepat dan pantas. Selain daripada itu, mereka juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang celik IT. Peserta juga diberi tayangan advokasi sebelum kelas berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: